RSS

RAHASIA DIBALIK RAHASIA SHOLAT

28 Des

Rahsia Solat Dalam Islam


Solat merupakan kurikulum dan kerangka dalam rukun Islam yang dibawa oleh Nabi SAW dan telah diakui oleh sarjana sains dan juga ilmuan spiritual kerana pada solat merangkumi cakra untuk kesihatan, kebersihan, keseragaman dan perpaduan.
Dari segi pemahaman kerohanian lain ia dikatakan juga sebagai meditasi, yoga dan sebagainya. Tetapi itulah keagungan dalam agama Islam yang diperkenalkan oleh Nabi SAW bermula dari kaedah penyucian (wudu`) sehingga mengerjakan solat yang merangkumi kerangka-kerangka asas yang meliputi dua kalimah syahadah, puasa , zakat dan haji.
Berdasarkan pengamatan penulis sejak 20 tahun dulu bahawa hakikat solat ini mendidik penganut agama Islam dapat mengintai dan mengenali Allah SWT kerana dia teramat dekat dengan kita dan mendidik kita agar menjauhi penyakit-penyakit rohani dan jasmani.
Secara umumnya, misalnya berwudu`( mengambil air sembahyang) merupakan membersihkan diri sebelum menunaikan solat. Adapun perkara-perkara wajib yang harus dilakukan oleh kita ketika mengambil wudu` seperti niat, basuh muka, basuh tangan basuh kepala basuh kaki dan tertib, sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu hendak mengerjakan solat maka hendaklah kamu basuh mukamu dan basuhlah tanganmu hingga ke siku dan sapu lah dan basuhlah kakimu sampai ke buku lali.
Sebelum kita membincangkan hakikat solat ini, maka eloklah kita membincangkan wudu` yang terdiri daripada niat, basuh tangan,sapu kepala dan basuh kaki.
Apakah rahsia disebaliknya ?
Rahsia niat ketika memulakan wudu` itu adalah membawa kepada ketetapan yang berhubung iaitu sebelum kita menunaikan solat kita haruslah terlebih dahulu menafikan semua dari kita tetapi sebaliknya hendaklah mengakui sepenuhnya hak itu kepada Allah.
Kita mengakui hidup kita, ilmu kita, pandangan kita,penglihatan kita, kuasa kita, kata-kata kita semuanya adalah hak Allah semata-semata dan bukan sekali hak kita dan sesungguhnya konsep di atas ini pengertian rahsia wudu` yang sebenar pada pandangan Islam.
Jika kita menyingkap rahsia membasuh muka sebelum kita menunaikan solat kita haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang semua sifat-sifat bermuka yang ada pada diri kita. Kita harus membuang segala sifat megah, sombong, kemuliaan, kebesaran dan sebagainya pada diri sebelum dan ketika menunaikan solat dan sesungghunya muka adalah maruah kepada manusia.
Adapun rahsia membasuh tangan sebelum kita menunaikan solat kita haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuangkan diri kita segala sifat-sifat Aku berkuasa, Aku orang kuat, Aku orang besar dan sebagianya pada diri kita sebelum dan ketika menunaikan solat sesungguhnya tangan yang dimaksudkan itu adalah simbolik kepada kuasa dan kekuatan seorang manusia.
Manakala apabila kita membasuh kepala adalah bermakna sebelum dan ketika kita menunaikan solat kita haruslah membersih segala fikiran kita dengan sifat-sifat syirik (bersekutu) dan sifat tercela pada diri kita dan kita haruslah pula membersih segala fikiran kita dan tumpukan segalanya kepada Allah semata-mata.
Adapun yang dimaksudkan dengan membasuh kaki adalah bererti kita haruslah membetulkan jalan perjalanan kita hanya untuk satu tujuan iaitu Allah semata-mata, kita harus menghala cara perjalanan kita hanya kepada Allah semata-mata tidak lagi ke jalan-jalan lain sebelum dan ketika menunaikan solat.
Dalam solat pula, terdapat ucapan dua kalimah syahadah sebenarnya lebih mudah untuk kita memahami di dalam pekerjaan solat lima waktu sehari semalam di samping dengan menyebut nama Allah sebagai amalan sokongan .
Solat itu tiang agama, di dalam azan selalu diucapkan dan kita menyahut apabila bilal (juruazan) menyebut ‘ Hayya ala’ sollah’ ( Marilah Mengerjakan Solat )
Kita diasuh dengan ucapan balas ‘ La qhau la wala qu wata’ illa’ billah…’ ( Tiada daya upayaku melainkan Allah )
Ini menjelaskan tiada kudrat (kuasa) kita, maka segalanya datang dari Allah jua untuk kita menggerakkan tulang belulang kita untuk melaksanakan apa jua pekerjaan dalam kehidupan kita.
Apakah rahsia solat yang sebenarnya ?
Peringkat permulaan, Apabila ditanya perihal sembahyang dijawab :
‘Tiadalah ia sembahyang itu dengan sebenar-benarnya melainkan mengabdikan diri kepada Allah’
Bermakna menilik diri kita yang fakir, hina dan lemah. Jadi pandangan perbuatan sembahyang tadi semuanya ditilik dan meneliti hanya kepada Allah semata-mata.
Kuasa dan daya kekuatan yang dianugerahkan kepada kita olehNya itu sebagai pusat tumpuan tertumpu pada satu matlamat, keyakinan yang sebetul-betul yakin dengan izinNya.
Solat yang bermula dengan niat sehingga ke doa, kita tumpukan pada siapa pada ketika itu ? pusatkan hati, fikiran dan perlakuan hanya dengan satu tumpuan jadi khusyuk dengan suara-suara bisikan, bayangan-bayangan fikiran dan gangguan lain kita tidak akan rasa…kita hanya tenggelam sedang memuji-muji di hadapan yang Maha Kuasa…rasakan bahawa Allah dekat dengan urat tengkok, kaki kena potong pun tidak rasa sakit kalau sudah sampai tahap seperti ini.
Sesuatu perkara itu tidak menjadi kalau kita tidak yakin boleh, kita tidak tumpukan sepenuhnya kepada matlamat yang kita mahu..dan ingatlah ALLAH lalu ia solat, ia seperti kuasa tumpuan di minda.
Jika kita amati rahsia solat itu terkandung di dalam surah Al-fatihah yang wajib dibaca untuk mengerjakan solat iaitu pada perkataan :
Alhamdulillah
Oleh kerana solat yang diterima oleh Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj (perjalanan malam dari masjid Haram ke Masjid Aqsa dan seterusnya ke langit) bersandarkan perkataan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) ia juga diambil sempena perkataan pertama yang keluar semasa kejadian jasad Saidina Adam AS setelah Jibril memasukkan roh [diri batin] Adam.
Di mana apabila sahaja roh tersebut sampai ke tahap dada jasad Adam AS pun terus cuba berdiri dan bersin disertakan kata Alhamdulillah kerana kejadian manusia adalah sebaik-baik kejadian yang begitu elok dan cantik berbanding makhluk-makhluk sebelum ini.
Ini bermaksud Pujian terhadap Allah dan atas asas tersebutlah Nabi SAW menerima solat dari tuhannya berdasarkan Alhamdulillah.
Perkatan Alhamdulillah artinya memuji, apa yang dipuja adalah zat, sifat, asma( nama-nama),dan afaal (perbuatan) Allah sebagaimana Hadis Qudsi :
Adalah ‘Insan’ itu rahsiaKU. Dan rahsianya rahsiaKU, Dan RahsiaKU sifatKU. Dan sifatKU bukan lain dari diriKU.
Perkataan pertama di dalam kita solat adalah dengan kita berkata Allahu Akbar yaitu semasa Takbiratul Ihram, kita berkata demikian kerana mengambil sempena kata-kata manusia pertama Adam A.S di kala sempurnanya roh diri rahsia Allah dimasukkan ke dalam tubuh jasadnya lantaran Adam A.S pun berdiri menilik dirinya yang elok dan terus baginda berkata: Allahu Akbar..(Allah Maha Besar Tuhan Semesta Alam)
Kita melihat pada rukun solat itu adalah yang mengandungi 13 perkara mempunyai rahsia besar yaitu kerana mengambil sempena hakikat sendi besar manusia yang bergerak dan membolekan manusia melakukan kerja termasuk memakmurkan, menjaga amanah yang diberikan kepada manusia dan sebagainya.
Sendi-sendi tersebut adalah seperti sendi tengkuk, bahu kanan, lengan kanan, tangan kanan,bahu kiri, lengan kiri,tangan kiri, paha kanan, paha kiri, lutut kanan, kaki kanan, lutut kira dan sendi kaki kiri..
Oleh itu adalah menjadi satu perkara yang paling penting bagi kita memahaminya sebaiknya yang bukan hanya kita menerima perintah begitu saja, ketidakpastian inilah ramai manusia masih lalai dan malas mengerjakan solat akhirnya mendapat siksa yang amat berat apabila meninggal dunia.
Sebagaimana disebut didalam kitab muktabar dalam Islam meninggalkan satu waktu solat disiksa satu hukuf. Ini bermakna satu hukuf sama dengan 1000 tahun di akhirat dan satu hari akhirat bermaksud 1000 tahun dunia.Maknanya meninggalkan satu waktu solat = 1 tahun x 365 hari x 1000 tahun x 1000 tahun = 365000000 tahun. Siksaan yang begitu hebat dan amat menggerikan kepada mereka yang meninggalkan solat.
Mari anaku Radit ,Betsalia kita segera Sholat .
Semoga bermanfaat Amin..
Didit Pinasthika.

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada Desember 28, 2011 inci sepiritual

 

Tinggalkan komentar